Saturday, October 24, 2009

sujud sejadah

Minggu ini media menggemparkan kisah sejadah sembahyang. Anehnya kisah ini menjadi tarikan yang agak meluas di kalangan ahli masyarakat sehingga tenggelam isu-isu besar negara termasuk bajet yang baru sahaja dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan kekalutan kepimpinan PAS untuk mengadakan perhimpunan khas berikut adangan Tok guru Nik Aziz serta kesedihan masyarakat terhadap apa yang berlaku ke atas adik kecil yang diperlakukan oleh manusia berhati binatang. Apa yang perlu dilihat dari segala kisah masyarakat sebegini seperti suatu peringatan kepada kita bahawa kita perlu kembali kepada Allah. Kegawatan politik, ekonomi dan sosial ini perlu dirujuk kepada asas Islam dan syariat yang telah digariskan. Ulamak dan umarak perlu bangkit dan terus membangkitkan umat sebagaimana bangkitnya sejadah dan sujud... kerana manusia sering lupa..

Monday, September 14, 2009

UMNO dan 1 Malaysia

Salam satu Malaysia... alhamdulillah kehangatan 1 M mula menjiwa rakyat. Itulah kehebatan pemimpin yang punyai idealisme perjuangan. Saya sudah lama ingin berkongsi idea satu Malaysia. Sewaktu saya bersama rakan-rakan mencadangkan penubuhan UMNO baru yang diberi nafas baru. UMNO perlu dilihat bukan bersifat perkauman Melayu tetapi perlu bersifat 1 Malaysia. UMNO bukan untuk orang Melayu tetapi untuk semua kaum. Ini juga yang saya dengar dari ceramah YAB TPM sewaktu berucap dirumah Sec Pol Rais Yatim sewaktu kempen perhimpunan agung umno yang lalu. Saya teringat cadangan untuk menukar nama UMNO bagi menggantikan maksud M daripada Melayu kepada Muslia. Justeru secara jelas UMNO memperjuangkan Islam dan tidak boleh diputar belit lagi oleh PAS yang terlalu bangga dengan nama Islam pada nama partinya. Idea ini timbul sewaktu saya berkhidmat di INMIND dan saya mengikut rombongan Dato Aidit pada bulan ramadhan ke Siingapore. Masa tu kecoh pasal Anwar kena tangkap. Saya melihat kebanyakan orang Singapore marah kat Tun Mahathir ketika itu. Dan semua orang marah ketika itu. Tak ada siapa yang percaya Anwar buat macam tu. Masa tu UMNO dikutuk. Dan masa itu juga tercetus idea saya untuk menjadikan UMNO sebagai Parti Islam lalu menukar namanya dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada Pertubuhan Kebangsaan Muslim Bersatu. Ini kerana Muslim itu lebih luas maknanya daripada Melayu. Muslim lebih jelas perjuangan dan lebih ikhlas serta jihad bunyinya. Muslim akan memberikan gambaran Islam kepada parti dan menyuntik semangat Islam dalam jiwa ahli parti dan impaknya akan memberi kesedaran kepada ahli dan pemimpinnya untuk menghindari gejala negatif. Muslim memberi ruang keahlian lebih luas dan menjana perjuangan yang lebih jelas pada dasarnya dan lebih yakin bunyinya sebagai jihad pada jalan Allah.

Sunday, September 13, 2009

ramadan dan kesykuran

Jumaat yang baru berlalu, Alhamdulillah, kami mengadakan majlis berbuka puasa. Makan nasi beriani lagi. Selesai berbuka puasa ramai yang terus balik rumah. Barangkali mahu sambung buka puasa kat rumah bersama keluarga. Hanya segelintir sahaja yang solat maghrib di masjid. Malam itu pula saya dipertanggungjawabkan untuk memimpin solat terawih. Alhamdulillah masjid kampung saya ni masih lagi penuh dengan makmumnya berbanding dengan masjid-masjid lain yang mana kebanyakan makmumnya sudah terkorban di pusat-pusat beli-belah. Selepas lapan rakaat, saf mula kekurangan sehingga 8 sah dan menjadi 4 saf bila berakhirnya solat witir. Itulah fenomena alam dan hakikat perjuangan. Justeru Allah menyeru hambanya menjadi kumpulan yang paling sedikit. Iaitu mereka yang bersyukur. Realiti hari ini, bangsa Melayu perlu dibangkitkan dari tidur. Dari mimpi yang indah. Setelah 52 tahun menikmati kemerdekaan, kita terlalu asyik sehingga lupa untuk bersyukur. Di bulan Ramadhan sepatutnya kita merapatkan barisan dan memohon keampunan dan menggerak kesyukuran, sebaliknya kita memecahkan barisan dan bersengketa. Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang berlalu di adakan pada bulan Ramadhan bertujuan untuk mengurangkan persengketaan di kalangan rakyat. Sepatutnya SPR menghormati bulan Ramadhan dan memberi peluang kepada rakyat untuk menyempurnakan kewajipan rukun Islam yang ketiga ini. Bukankah bulan Ramadhan dilarang berperang. Namun, semuanya telah berlalu dan kini rakyat kembali tenang. Cuma wayang gambar bertajuk "Sammy Vellu dan MIC" serta "Soi Lek dan MCA" sedang box-office sekarang ini.

Minggu depan syawal bakal disambut dengan penuh sederhana dengan duit raya yang sedang diagihkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat tanpa mengira agama dan keturunan. Tanpa mengira apa fahaman politik mereka. Pemimpin kita sentiasa prihatin. Tidakkah kita mahu menjadi orang yang bersyukur. Kakitangan kerajaan mendapat bonus awal. begitu juga peneroka felda. Sepatutnya mereka berterima kasih kepada pemimpin kita dan bersyukur... alhamdulillah.

Di negeri Terengganu pula awal-awal lagi pada hari 'megang' puasa kami sekeluarga dapat buah kurma dan air zam-zam dari YAB MB. Hebat dan jarang pemimpin Melayu dapat lakukannya. Bertambah hebat lagi bila MB menjemput tok-tok imam dari Mekah dan Mesir menjadi imam di masjid-masjid kita. Tetapi orang kita lebih ramai yang komplen dan kurang yang bersyukur atas usaha kerajaan ini. Sepatutnya kita bersyukur...

Insya Allah, saya doakan ramadhan ini mengajar kita erti syukur. Dan saya ucapkan selamat hari raya kepada semua. Saya menyeru semua rapatkan barisan dan bermaaf-maafan lah di antara satu sama lain terutama pemimpin-pemimpin yang dipilih rakyat di negeri Terengganu ini. Marilah kita lupakan sengketa lama, hendaklah kita berlapang dada, tunaikan amanah rakyat dan perbaikilah kelemahan dengan penuh hikmah dan bbijaksana. Selamat berpuasa dan selamat hari raya...