Monday, September 14, 2009

UMNO dan 1 Malaysia

Salam satu Malaysia... alhamdulillah kehangatan 1 M mula menjiwa rakyat. Itulah kehebatan pemimpin yang punyai idealisme perjuangan. Saya sudah lama ingin berkongsi idea satu Malaysia. Sewaktu saya bersama rakan-rakan mencadangkan penubuhan UMNO baru yang diberi nafas baru. UMNO perlu dilihat bukan bersifat perkauman Melayu tetapi perlu bersifat 1 Malaysia. UMNO bukan untuk orang Melayu tetapi untuk semua kaum. Ini juga yang saya dengar dari ceramah YAB TPM sewaktu berucap dirumah Sec Pol Rais Yatim sewaktu kempen perhimpunan agung umno yang lalu. Saya teringat cadangan untuk menukar nama UMNO bagi menggantikan maksud M daripada Melayu kepada Muslia. Justeru secara jelas UMNO memperjuangkan Islam dan tidak boleh diputar belit lagi oleh PAS yang terlalu bangga dengan nama Islam pada nama partinya. Idea ini timbul sewaktu saya berkhidmat di INMIND dan saya mengikut rombongan Dato Aidit pada bulan ramadhan ke Siingapore. Masa tu kecoh pasal Anwar kena tangkap. Saya melihat kebanyakan orang Singapore marah kat Tun Mahathir ketika itu. Dan semua orang marah ketika itu. Tak ada siapa yang percaya Anwar buat macam tu. Masa tu UMNO dikutuk. Dan masa itu juga tercetus idea saya untuk menjadikan UMNO sebagai Parti Islam lalu menukar namanya dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada Pertubuhan Kebangsaan Muslim Bersatu. Ini kerana Muslim itu lebih luas maknanya daripada Melayu. Muslim lebih jelas perjuangan dan lebih ikhlas serta jihad bunyinya. Muslim akan memberikan gambaran Islam kepada parti dan menyuntik semangat Islam dalam jiwa ahli parti dan impaknya akan memberi kesedaran kepada ahli dan pemimpinnya untuk menghindari gejala negatif. Muslim memberi ruang keahlian lebih luas dan menjana perjuangan yang lebih jelas pada dasarnya dan lebih yakin bunyinya sebagai jihad pada jalan Allah.

No comments:

Post a Comment